KURSUS PENINGKATAN PROFESINALISME GURU KALI KE-2

TARIKH : 25 APRIL 2009
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG

TAJUK : MENJANA SEKOLAH CEMERLANG

PENCERAMAH : YBrs. TN. HJ. ZAHARI BIN DAUD
: KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, JPN

INTI PATI PEMBENTANGANNYA:

1. Guru memmpunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar dan nilai yang ingin diterapkan sama ada positif atau negatif

2. Guru mestilah ada " aura " baharulah pelajar minat belajar.

3. Membaca Jambatan Ilmu. Oleh sebab itu pelajar mesti digalakkan membaca.

4. Selepas setiap peperiksaan atau program, Panitia mesti buat post mortem yang komprehensif mengenal pasti kelemahan, kekuatan, peluang dan halangan mencapai kejayaan.
5. Kaedah P & P berkesan ialah pemusatan murid dan adanya komunikasi dua hala.

6. Cara mengajar hendaklah ada "eye contack' guru-murid.

Untuk meningkatkan kecemerlangan (GPS) mestilah:

a. P & P berkesan
b. Kejelekitan sesama guru (team work)
c. Pemantauan berterusan
d. Kursus peningkatan ikhtisas
e. Kurangkan pelajar gagal, dan
f. Perbanyakkan ' A ' bagi Subjek BM, Matematik, PAI,Kes. Melayu, Sains dan Pend. Seni Visual

Situasi sebenar sekolah:

1. Sekolah bergerak (moving)
2. Sekolahengekalkan prestasi
3. Sekolah berkembang sederhana
4. Sekolah merangkak
5. Sekolah tenggelam

Ciri-ciri sekolah cemerlang:

1. Cemerlang dalam akademik
2. Guru-guru mengajar berkesan yang menyebabkan pelajarnya bijak,sahsiah mantap dan
disiplin terpuji
3. Pencapaian kokurikulum yang tinggi
4. Pengurusan yang efektif
5. Kesaksamaan tanpa mengira latar belakang dan sosioekonomi - pastikan pelajar solat - buat
kajian

Ada 3 jenis guru di sekolah:

1. Cemerlang
2. Biasa
3. Kurang Upaya

Guru Cemerlang:

- bercita-cita tinggi
- mempunyai 'sense of urgency' (proaktif)
- cabaran dianggap sebagai satu peluang
- menjadikan impian satu realiti

Guru Biasa:

- selesa dengan apa yang ada
- menggunakan peluang yang datang
- tidak selesa dengan cabaran
- mengelakkan diri daripada risiko
- hilang keutamaan

Guru Kurang Upaya:

- bercita-cita kecil
- menyerah pada kekurangan diri
- berserah kepada nasib
- selalu melihat diri mangsa keadaan

Rumusan

Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan. Semua warga sekolah mesti memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.

0 comments: