KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU KALI KE-4
TARIKH : 25 JULAI 2009 (Sabtu)
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SMKKBh
TAJUK : TATACARA PENGURUSAN STOK/HARTA ALIH KERAJAAN (TPA)
PENCERAMAH : EN. ZAMRI BIN ISMAIL, PEGAWAI EKSEKUTIF PENGURUSAN
ORGANISASI DAN PERKHIDMATAN, PPD KOTA BHARU
1. TUJUAN
Memberi penjelasan mengenai Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil 5 Tahun 2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA).
2. KANDUNGAN TAKLIMAT/KURSUS
i. DefinisiTPA/Aset
ii. Peranan dan tanggungjawab Pegawai Pengawal
iii. Tugas dan tanggungjawab Unit Pengurusan Aset
iv. Penguatkuasaan
v. Pelaksanaan
vi. Pembatalan
Beliau menerangkan baba-bab berikut:
BAB A - PENERIMAAN
BAB B - PENDAFTARAN
BAB C - PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN
BAB D - PENYELENGGARAAN
BAB E - PELUPUSAN
BAB F - KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
* Maklumat lengkap - lihat edaran yang diberikan kepada peserta.
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU KALI KE-3
TARIKH : 30 MEI 2009
MASA : 8.00 - 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA SMKKBH
SLOT 1
TAJUK : E-CAKNA - SISTEM PEMANTAPAN P & P GURU DAN PENGURUSAN
KURIKULUM SEKOLAH
PENCERAMAH : PN. FATIMAH BT. HAT
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMKKBH
ISI KANDUNGAN
1. OBJEKTIF E-CAKNA
E-Cakna bertujuan penambahbaikan dari segi proses P & P guru dan kesannya kepada pelajar di bilik darjah.
E- Cakna yang dibentangkan hasi l perkongsian empat Guru Kanan berdasarkan pencerapan yang telah dilaksanakan ke atas 49 guru yang telah dicerap daripada 139 guru.
2. LANGKAH E-CAKNA
Mengadakan pencerapan terhadap semua guru sebagaiman yang diarah oleh JPN Kelantan. Pencerapan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali bagi setiap guru. Markah akan dihantar secara on-line ke PPD Kota Bharu.
3. BORANG PENCERAPAN - item dinilai
A. Buku Rekod mengajar
B. Pengajaran
C. Peneguhan
D. Penilaian
E. Bahan Bantu mengajar
F. Semakan buku nota/latihan
4. DAPATAN PENCERAPAN
Secara umumnya P & P guru baik seperti:
a. Buku Rekod Mengajar ditulis dengan lengkap
b. Proses P & P baik
c. Guru memberikan peneguhan yang bersesuaian
d. Penilaian P & P berlaku dan murid diberi latihan yang sepatutnya
e. Ada yang mengunakan BBM dengan baik
f. Buku nota/latihan disemak dengan teliti
5. PENAMBAHBAIKAN
a. Guru perlu mencatat dengan jelas di ruangan Penilaian dalam Buku Rekod Mengajar bagi
setiap P & P seperti nama pelajar yang tidak dapat menguasai tokpi yang diajar, dan aktiviti
pemulihan.
b. Penggunaan BBm mesti ditingkatkan
c. P & P mestilah berorientasikan murid dan menggunakan pelbagai kaedah yang menarik
d. Markah UBS, Head Count hendaklah dikemas kini
Beliau berharap semua guru dapat meningkatkan P & P.
SLOT 2
TAJUK : SUKATAN PELAJARAN PJPK SEKOLAH MENENGAH
PENCERAMAH : PN. HJH. WAN SHURAYA BT ARIFFIN
KETUA PENOLONG PENGARAH (SAINS) JPN, KELANTAN
PENDAHULUAN
PJPK perlu didedahkan kepada semua guru kerana setiap guru akan mengajarkan PJPK kerana mata pelajaran PJPK ialah pelengkap jadual dan sering dipinggirkan kerana tiada peperiksaan. Oleh sebab itu, peperiksaan akan dibuat bagi akhir tahun.
1. KEDUDUKAN PJPK
Mata pelajaran wajib yang mesti diajar oleh guru. Peruntukan masa 2 waktu seminggu x 40 minit dan perlu berasingan.
2. Objektif
Memberi keseronokan kepada pelajar di samping bersenam
3. SUKATAN PELAJARAN
A. Tunjang Pendidikan Jasmani
1. kecergasan
2. kemahiran
3. kesukanan
Kecergasan
a. Kecergasan berasaskan kesihatan
i. daya tahan kardiovaskular
ii. daya tahan otot
iii. kekuatan
iv. kelenturan
v. komposisi
b. Kecergasan berasaskan perlakuan
i. koordinasi
ii. imbangan
iii. ketangkasan
iv. kuasa kepantasan
v. masa tindak balas
vi. kepantasan
2. Kemahiran
i. pergerakan asas
ii. permainan
iii. olahraga (wajib)
iv. gimnastik (wajib)
v. pergerakan kreatif
vi. rekreasi
vii. kesenggangan
3. KESUKANAN
i. keselamatan
ii. pengurusan
iii. kerjaya
iv. isu pendidikan jasmani dan sukan
v. etika
TUNJANG PENDIDIKAN KESIHATAN
i. kesihatan diri dan keluarga
ii. gaya hidup sihat dan selamat
iii. kebersihan dan keselamatan persekitaran - perlu diajar 2 minggu sekali
i. kesihatan diri dan keluarga
a. kesihatan diri
b. perasaan
c. kekeluargaan
ii. gaya hidup sihat dan selamat
a. pemakanan
b. pengurusan konflik dan stres
c. penyalahgunaan bahan - gam, ubat batuk, pil dll.
iii. kebersihan dan keselamatan persekitaran
a. keselamatan
b. penyakit berjangkit
c. pertolongan cemas
PENILAIAN PJPK - KOMPONEN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH (PKS)
Guru PJPK perlu merancang dan malaksanakan PKS secara berterusan bagi mengetahui kemajuan pembelajaran murid dan maklum balas keberkesanan P & P guru
Penilaian PJPK
Bidang Perkara dinilai
1. Fizikal tahap kecergasan
2. Psikomotor permainan, olahraga, pendidikan pergerakan
3. Kognitif ujian folio
4. Efektif amalan nilai
CABARAN PJPK
1. Pelaksanaan kursus
2. Perubahan silibus
3. Jurang
4. Budaya
5. Sikap
6. Nilai
7. Fizikal - tidak ada padang
8. Falsafah - visi dan misi gagal dihayati
9. Murid kurang minat
10. Pengaruh luar - IT
11. Guru PJPK - bukan opsyen
KEBERKESANAN P & P PJPK
1. Jadual waktu yang sesuai
2. Kaedah dan strategi P & P mantap
3. Buku teks & nota - gunakan dengan maksimum
4. Guru yang opsyen
5. Sukatan dan Rancangan Pengajaran Tahunan yang mantap
6. Pupuk minat murid
7. Fizikal dan pakaian
8. PKS
FAKTOR MENYOKONG P & P DI SEKOLAH
1. Peranan Panitia PJPK
2. Amalan P & P
3. Budaya sekolah
4. Sikap guru PJPK
5. Kemudahan/peralatan PJPK
6. Perkongsian bijak - adakan in-house
7. Kemajuan/kebajikan
8. Kewangan
RUMUSAN
Beliau berharap perkongsian ilmu boleh menjadikan guru-guru SMKKBh cemerlang dalam
P & P PJPK.
Beliau meninggalkan peserta dengan sebuah renungan untuk direnungkan!
Jadilah seorang guru yang hadirnya DITUNGGU, hilangnya DIRINDU, ilmunya DIBURU, nasihatnya DISERU, dan tingkah lakunya DITIRU.
Posted by SMK Kedai Buloh 0 comments