KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU KALI KE-4

TARIKH : 8 Nov. 2008
MASA: 11.30 pagi
TAJUK: "GURU CEMERLANG SEKOLAH TERBILANG"
PENCERAMAH: TN. HJ. KHAIRUL ANWAR BIN KHAIRUDDIN
PENGETUA SMK. CABANG EMPAT TUMPAT, TUMPAT

Beliau membincang hubungan antara Pengetua,guru ibu bapa dan pelajar ke arah mewujudkan guru dan sekolah yang gemilang. Antara perkara penting yang perlu diterapkan ialah:

i. pengetua dan guru menunjukkan ciri-ciri yang baik kepada pelajar
ii. pengetua dan guru hendaklah bersifat tegas kepada pelajar guru hendaklah menunjukkan iii. iii. moral/akhlak yang baik kepada pelajar

Petua Menjadi Guru Cemerlang

i. belajar sabar
ii. belajar untuk gembira
iii. semasa cuti melakukan dokumentasi (masuk markah prestasi)
iv. mesti 'positive thinking'

PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

i. banyakkan makan sayur
ii. minum air masak
iii. banyakkan makan /amalkan makan masakan ibu
iv. amalkan doa penerang hati (tepuk pada dada 3 x & raup pada muka 3 x)


CARA UNTUK WUJUDKAN POTENSI CEMERLANG DALAM DIRI PELAJAR

i. ibu bapa mesti ambil berat pendidikan anak-anak
ii. guru hendaklah garang terhadap murid

iii. jangan manjakan murid

iv. elakkan perkara-perkara yang mengganggu konsentrasi murid - tv etc

v. ajar murid bangun dinihari (awal pagi)

vi. murid mengulang kaji 8 jam sehariSenarai Bernombor

vii. guru ajar murid sebagaimana ajar anak sendiri

viii. tingkatkan motivasi murid dengan potret kejayaan - keratan akhbar etc

PETUA BERJAYA DALAM HIDUP

  • tahan panas
  • muka tebal
  • berpeluh

FAKTOR MEMPENGARUHI KEJAYAAN

  • IQ - 8 %
  • sosioekonomi - 4 %
  • kejayaan lepas - 2 %
  • peralatan - 4 %
  • usaha - 82 %

SELAMAT DATANG


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada pengunjung Laman Blog Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) SMK Kedai Buloh.

VISI
Dengan ini menjadi hasrat Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh untuk melahirkan insan yang cemerlang bagimenjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat serta berjasa kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MISI
  • Memberi pendidikan yang adil bagi semua pelajar tanpa mengira kebolehan.
  • Memberi pengajaran yang bermutu bagi memastikan pembelajaran berkesan.
  • Memberi khidmat bimbingan secara sistematik bagi memastikan perkembangan personaliti yang seimbang.
  • Memastikan pernyataan pelajar yang maksimum dalam bidang kokurikulum untuk mewujudkan individu yang mempunyai daya saing, daya juang, daya tahan dan disiplin diri yang tinggi.
  • Mewujudkan bilik darjah dan persekitaran sekolah yang kondusif untuk proses pembelajaran.
  • Mewujudkan budaya cinta ilmu melalui pembacaan dan aktiviti kumpulan.
  • Mewujudkan masyarakat sekolah yang prihatin terhadap keselamatan diri dan keselamatan harta benda sekolah.
  • Mewujudkan budaya kerja yang berteraskan ikhlas, istiqamah, dan ihsan.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU KALI KE-2 2008

Tarikh: 17 Mei 2008
Hari: Sabtu
Tempat: Pusat Sumber SMK Kedai Buloh

Tajuk: Pengurusan Akademik Yang Berkesan
Penceramah: Tn. Hj. Mohd Adnan Bin Mohd Noor (KS Pengurusan Akademik JPN)
Masa: 8.30-10.00 pagi

Berikut merupakan antara kupasan maklumat yang diketengahkan dalam ceramah beliau:-

  1. melibatkan peranan/tugas utama guru
    • pelaksana dan penterjemah kurikulum yang telah digubal dalam bentuk P&P
    • agen inovasi dalam proses P&P
    • mahir dalam memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar
  2. buku rekod guru
    • menyimpan dan menyenggara sesuatu buku rekod mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1999
  3. P&P berkesan melalui bilik darjah akademik
    • isu-isu semasa--masalah pelajar
    • menentukan P&P yang berkesan
      • penampilan guru
      • profesionalisme seorang guru
      • mengurus tingkah laku murid dan emosi pelajar
      • pembentukan kerja sepasukan (team building)
    • proses P&P meliputi aspek
      • perancangan pelajaran
      • set induksi
      • teknik P&P
      • teknik penyoalan
      • perbincangan
      • penggunaan alat bantu mengajar
      • interaksi dalam bilik darjah
      • komunikasi
      • persekitaran fizikal
      • penilaian bilik darjah
    • latihan
      • tugasan, kerja rumah yang mencukupi
    • pentadbir
      • memantau, membimbing dan mencerap (SPI Bil.3/1987)

JAWATANKUASA LDP SMK KEDAI BULOH




Kursus Dalaman Sekolah

Tarikh: 17 Mei 2008
Tempat: Pusat Sumber SMK Kedai Buloh, Kota Bharu